Stokin Wuduk Runcit

STOKIN WUDUK – satu produk bagi memudahkan muslimah berwuduk tanpa menanggalkan stokin hingga memungkinkan aurat terdedah di tepi tangga masjid mahupun surau.

Hanya gulung stokin ke paras betis dan ber wuduk dengan selesa di tempat wuduk yang terasing dari pandangan mata lelaki.

Mudah bukan?

Ia diperbuat daripada kain campuran Nylon dan Spandex yang tebal, berkualiti tinggi, tahan lama dan stretchable.

Ia sesuai untuk kaki bersaiz 3 hingga 8.

Mempunyai bahagian berlapis seperti sarung bantal atau sampul surat bagi membolehkannya ditarik atau digulung ke atas.

Bahagian berlapis dipakai di sebelah atas kaki (bukan di telapak) untuk keselesaan berjalan dan memberi keyakinan ketika bersujud kerana ia mungkin ‘terbuka’ sedikit ketika telapak kaki ditegang.


Kurang selesa jika muslimah memakai kasut yang bahagian depannya ‘tajam’ (pointed shoe) kerana ia tebal. Sesuai dipakai bersandal atau kasut flat (pump).

Ada tiga warna iaitu perang, hitam dan putih.

Stokin ini amat sesuai untuk diguna jemaah yang mengerjakan umrah atau haji, selain menjadi hadiah bermakna kepada ibu, isteri,anak gadis dll.


Insya-Allah.




* Kos penghantaran secara pos bergantung kepada kuantiti dan berat.

* Untuk pembelian online, emel kepada stokinsoka@gmail.com